Ditulis oleh Donya Momenian | @donyamo_
Terjemahan oleh Aimi Atifah | @heocaroons
Anda menonton muzik video K-Pop pertama anda. Perkara seterusnya yang anda tahu, ianya 2 pagi dan anda terus menekan video-video yang disyorkan. Mungkin anda hanya mahu tahu siapa yang rambutnya berwarna merah, tetapi kini anda sudah mendalam dan anda perlu mengetahui semuanya. Sama ada anda berada di tahap itu atau berharap anda dapat menikmatinya, veteran K-Pop di theQoos mencipta ruang bagi para peminat untuk menikmati pengalaman sehingga sepenuhnya. Dengan halaman-halaman untuk para artis kegemaran peminat, lengkap dengan halaman tentang yang terperinci, suapan yang dikemas kini, dan forum peminat, aplikasi tersebut adalah destinasi sehenti untuk semua tentang K-pop.
Peter Chun, Ketua Pemasaran di theQoos, tahu akan sensasinya dengan baik. Selama lebih 10 tahun di dalam industri, dia membuka pejabat YG Entertainment di U.S. dan menganjurkan lebih daripada 30 perjumpaan (meet-and-greets). Dalam proses itu, dia bertemu dengan beratus-ratus peminat K-pop. Dia dapat melihat hubungan mereka dengan muzik, kekaguman terhadap artis, dan persahabatan antara satu sama lain dengan bersentuh tangan. Sebagai sebahagian daripada theQoos, dia dan pasukannya bekerja untuk berkongsi kegembiraan itu bersama semua orang.