


NCT dan Artis SM yang lain Wow di Anugerah Muzik Mnet Asia 2020
Written by : Sarah Bathke | @randomfandomme
Translated by : Yuni | @SUNFLWRSY_
Disember 6, 2020 di Seoul, Korea Selatan menandakan Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA) ke-21, yang secara besarnya dianggap sebagai pertunjukan anugerah terbesar K-Pop. Pertunjukan anugerah tersebut mempunyai ramai idols yang hadir, dan diantara mereka 26 orang adalah idols daripada SM Entertainment. 23 orang kumpulan worldwide NCT, Taemin dari Shinee dan solois K-Pop lagenda BoA semuanya hadir dan menyampaikan persembahan yang luar biasa. Taemin membuka pertunjukan tersebut dengan kompilasi persembahan memukau lagu-lagu solonya “Criminal”, “Heaven”, dan “IDEA:理想” ー keluaran terbarunya. Persembahan tersebut indah, menampilkan remix “IDEA:理想” dan pertunjukan menghentikan akhir dengan dia berdiri bersama dengan dia berdiri bersama dengan kereta api ungu yang dihiasi dengan naga tergantung dari siling. Malam itu dia kemudiannya diakui dengan Anugerah Persembahan Tarian Kegemaran, Anugerah Solois Lelaki untuk “Criminal”, single utama yang dikeluarkan pada bulan September untuk separuh pertama projek dua-albumnya, Never Gonna Dance Again.

